Sunday, December 18, 2011

Anak Melayu

  lembayung senja berwajah duka
  Sayup bergema pelbagai suara
  Menjulang kata berlagu sengketa
  Tentang perbezaan dua dunia
  Menuntut kuasa hak milik siapa?
 
 Kelibat si Tua..
 Bermata layu bersimpuh lesu
 Longlai Memujuk si anak muda Melayu
 Melaung kalimah tiada berpandu
 Hanya nafsu menjadi pemacu..

Suara si Tua..
Berlagu sendu,dalam nada lembut merayu
kisah perjuangan bermandi darah
Bangsa bangkit melaksana Sumpah
Tanah bertuah,jgn tergadai dek sumpah seranah

Si Anak Melayu..
Terlupa waktu,detik jasad senyap menbisu
Dalam sejarah musim yg dahulu
Anak Melayu  enggan Mengaku
Tanah bertuah,hak milik Melayu..

Tegas si Tua kembalikan Ia..
kepada Kita demi bangsa,agama negara..
Jerit Anak Melayu..
Biarkan kami terus bersengketa
Kerna si Tua tiada lagi berupaya
Berjuang sebagaimana dunia..

Si Tua kecewa menelan derita
Melihat Anak Melayu berpecah merata
Si Tua percaya masa dah tiba..
Akhirnya Melayu hilang di Dunia...

No comments:

Post a Comment